Monday, August 31, 2009

LaWaK Si aYaM!!!

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk
anaknya.Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romli.
Lelaki kaya : Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok,ini alamat
saya (seraya memberi kadnya)
Pak Romli : Baik tuan ,saya akan suruh anak buah saya menghantarnya
esok kerumah tuan.
(Selepas itu, Pak Romli memanggil anak buahnya yang bernama Erwan
dan memberi arahan)
Pak Romli : Wan,tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini
(sambil memberi kad lelaki kaya tadi)
Erwan : Hantar ayam? Beres Boss
Esoknya dengan menunggang motor si Erwan pergi menghantar 100 ekor
ayam tersebut. 50 ekor diletak di sebelah kanan dan 50 ekor lagi di letak
di sebelah kirinya.
Akan tetapi malangnya.......
ditengah perjalanan dia terjatuh dari motornya.......ayam-ayam yang dibawanya
langsung terlepas dan lari bertempiaran......
Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Erwan.Tetapi si Erwan
tidak apa-apa malah dia ketawa berdekah-dekah,seseorang diantara mereka
datang bertanya ,mungkin dia kuatir kerana Erwan ketawa......
Orang Yang Bertanya : "Bang ,abang tak apa-apa ke.....?
Erwan : "ha......ha.......ha
Orang yang bertanya : "Bang,kenapa bang....?
Erwan : "Ha...Ha....Ha...Dasar ayam-ayam yang bodoh,mereka nak lari kemana?
alamatnya ada pada aku.....Hua.....ha....ha......

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)!!!

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

CaMeRa oHH CaMeRa!!!

urmmm...ada sape2 yg nk dermakan aku duit x???aku nak beli kamera dslr ni...huhuhu..xbyk,bg aku singgit sorg pn jadila...nanti aku letak nama korang kat risalah penghargaan kamera tu...huhuhu...aku nak beli canon 500d ni..xpun nikon d5000...rasa2 mane yg bagus???ikut hati nak jer sambar nikon d90,tp bajet besar la pulak.nak amik nikon d60 or canon 450d, takut xpuas hati lak nanti...susah tul nak puaskan hati manusia ni...len kali aku nak guna hati kambing ker,lembu ker, mesti senang je nak puaskan.bagi makan rumput or daun dh syukur sgt2 dah...huahuahua!!!

TiPS2 MeNJaGa KeSiHaTaN DaLaM ISLaM!!!

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.

2. Mengawal pemakanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaALLAH jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)...

8 Petua Keselamatan Jalan Raya

  1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.
  2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
  3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
  4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
  5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
  7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.
  8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Wednesday, August 26, 2009

Kisah Uptrend & Hai-O Oleh Perunding Kewangan Islam

Kisah Uptrend & Hai-O Oleh Perunding Kewangan Islam.Selamat membaca...


http://www.zaharuddin.net/content/view/567/#comment84026

Wednesday, July 22, 2009

Anak kecil main api!!!

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Sunday, July 19, 2009

Mak Aku dan ceritanya!!!

Sudah beberapa kali aku mendengar cerita dari Mak aku..tapi yg ni aku paling tak boleh nak lupa.camne cerita mak aku n ayah aku pergi melihat adik aku yg tgh belajar kat Sekolah Berasrama Penuh...masa tu aku rasa adik aku maybe form 4..setiap 2 minggu sekali,mak n ayah aku akan menjenguk dia kat asrama.jarak dari rumahku ke asramanya adalah kira2 dlm 30km.dari kg ke seberang takir.agak jauh.lgpn mak n ayah aku juz naik kapcai jer pergi sana.biasala,kat teganu hari jumaat kedai tutup.mak ngn ayah aku biasanya pergi ke asrama adik aku lepas solat jumaat.perjalanan akan melalui marang,batu burok,jambatan sungai duyung sampai la ke seberang takir.nak dijadikan cerita,masa ondaway nak pergi sana,kapcai yg ayah aku rempitkan pancit lak tayar dia.so terpaksa la mak n ayah aku menolak kapcai yg gagal melaksanakan tanggungjawabnya itu.nasib baik la aku xde kat rumah masa tu,kalau x mesti kapcai tu aku dh sembelih n bagi makan kat buaya sungai marang kerana telah menyusahkan ayah n melecetkan syurga kami adik beradik di tapak kaki mak aku. mak n ayahku terpaksa menolak motor n berjalan kaki kira2 dlm 10km rasanya..agak2nya apalah yg tengah mak n ayah aku fikir masa tu ek...mak aku ckp,yg dia fikirkan masa tu adalah kesian kat adik aku yg tgh menunggu.bukannya mak aku fikir pasal kaki yg penat or tapak kaki yg melecet.ayah aku pulak bukannya fikir pasal menyesalnya kena menolak motor...apa yg diorg fikirkan hanyalah anak yg menunggu di sekolah...perkara tu membuatkan aku teringatkan mak n ayah aku.adikku yg belajar di asrama itu pun sangat2 ingin membahagiakan mak n ayahku....Aku tahu,setiap dari kita mempunyai cerita Mak n Ayah sendiri.jadi,walau baik atau buruk cerita Mak n Ayah kita,bersyukur lah tanpa mereka, siapalah kita.tanpa mereka,mungkin kita akan dilahirkan di ladang gandum atau di kandang lembu...hanya pandai mengisi perut dan menunggu masa untuk dijadikan qurban ataupun aqiqah...
bersama2 lah kita Berdoa semoga Mak n Ayah kita semua sentiasa sihat,bahagia di dunia,terhindar dari seksaan kubur dan ditempatkan di Syurga yg paling indah apabila di hari pembalasan kelak...amin...

Saturday, July 18, 2009

Influenza A (H1N1)!!!

1. Apa itu Influenza A (H1N1)
- sejenis penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus baru.
terhasil dr mutasi gen virus influenza babi,burung n manusia.

2.Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
-gejala awal mirip selesema.
-demam,batuk,sakit kepala,sakit badan,sakit tekak,
selesema dan kdg kala muntah2 atau cirit birit.

3.Bagaimana H1N1 boleh tersebar?
-melalui batuk atau bersin pesakit.titisan cecair yg terhasil boleh
tersebar ke udara atau terkena tgn pesakit.

4.Bagaimana boleh dijangkiti?
-berjangkit apabila bernafas dgn udara yg tercemar oleh virus H1N1
atau tersentuh dgn cecair yg terhasil dari batuk atau bersin pesakit.

5.Nasihat kpd org yg dijangkiti?
-segera dptkan rawatan.
-tutup mulut dgn tisu atau sapu tangan semasa bersin atau batuk.
-kerap mencuci tangan.
-tinggal di rumah dan hadkan pergaulan dgn ahli keluarga.
-elakkan menyentuh mata,hidung atau mulut.
-elakkan dari pergi ke tempat awam yg sesak.
-jangan menggunakan pengangkutan awam.

6.Berapa lamakah orang yg dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
-selagi mempunyai gejala virus ini.
-biasanya dlm tempoh 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala tersebut.
-kanak2 mempunyai tempoh penyebaran yg lebih lama.

7.Bagaimana utk menghindari jangkitan penyakit ini?
-Jauhi orang yg nampak tidak sihat,menghidap demam atau batuk.
-kerap cuci tangan dgn air dan sabun.
-elakkan sentuh muka,khususnya hidung atau mulut utk cegah jangkitan.
-jika berada di tempat yg dilanda penyakit ini,elakkan dari berada di tempat awam yg sesak.
-ketahui situasi penyakit ini dan langkah pencegahan.
-amalkan cara hidup sihat.cukup tidur,makan makanan yg menyihatkan dan bersenam.

Bersamalah berdoa semoga diri dan keluarga serta masyarakat kita dijauhkan dari ujian dan musibah ini...semuanya adalah cubaan dariNya yg Maha Mengetahui!!!



Friday, July 17, 2009

a biT FRoM MY THouGHTS!!!

1.Do history going to be repeated.long ages before,they came to work in mining n estate,we accept them,share Malaya with them n now they already having seat in constitution.then,this time they come to work in construction n factories,we also accept them n mayb in few years,they also can have their own seat in our constitution.n lastly,myb we not going to have a seat for our own in constitution coz all have been TAKEN!!!

2.Malays,what do we have actually???economy power-NO!,political power-a bit only!!!n spending power-maybe!!!can we use spending power to control this???boycotting!!!

3.urmmm..do us,Malay really giving to much compromise or we r a coward races???scared to stand n defend our right?our priviliges in constitution slowly been reduced but we don't do anything???