Saturday, May 30, 2009

KaNaK2 daN KeSeLaMaTaN JaLaN RaYa!!!

Kanak2 susah untuk melintas jalan kerana:
1.tiada pengalaman
2.tiada kebolehan untuk menganggar jarak dan kelajuan kereta
3.tiada pengetahuan dan kemahiran melintas jalan.

Kanak2 perlu dididik untuk melintas jalan dengan mengikut tahap umur mereka.

Umur sehingga 5 tahun.

1.pegang tangan semasa melintas
2.terangkan apa yang dilakukan semasa melintas jalan supaya kanak2 faham.
3.tunjukkan contoh yang baik semasa melintas.
4.libatkan kanak2 semasa memilih tempat bermain yang selamat.
5.pastikan kanak2 menunggang basikal di laluan pejalan kaki atau lalauan sikal dengan di awasi selalu.
6.pastikan kanak2 masuk dan keluar kereta di sebelah kaki jalan.
7.pastikan kanak2 menggunakan kerusi kanak2 di tempat duduk belakang dengan betul.

Umur 5 hingga 9 tahun.

1.mengawasi anak2 setiap masa apabila berada dijalanraya.
2.menceritakan mengenai papan tanda dan lampu isyarat.menentukan & berbincang dengan kanak2 tempat yag selamat utk melintas jalan.
3.ajarkan bagaimana utk melintas jalan menggunakan proses "berhenti,melihat,mendengar & berfikir" masa nak melintas jalan.pergi ke sekolah menggunakan laluan pejalan kaki.
4.mengawasi kanak2 semasa pergi dan balik sekolah.
5.pastikan kanak2 bermain basikal di taman permainan atau kawasan lapang yg tiada kenderaan.pastikan ada orang dewasa mengawasi mereka.
6.pastikan kanak2 memakai helmet basikal.
7.pastikan kanak2 menggunakan seatbelt tempat duduk belakang jika mereka menaiki kenderaan.
8.sentiasa bertanya mengenai keselamatan jalanraya supaya kanak2 sentiasa ingat dan tahu.

Umur 10 hingga 13 tahun.

1.pastikan kanak2 menggunakan proses "berhenti,melihat,mendengar & berfikir" masa nak melintas jalan.pergi ke sekolah menggunakan laluan pejalan kaki.
2.ajarkan mengenai undang2 jalanraya.
3.merancang perjalanan yg selamat utk ke sekolah.
4.menceritakan dimana kanak2 boleh bermain basikal dgn selamat.
5.pastikan kanak2 memakai helmet basikal atau motosikal yg dibenarkan.
6.pastikan kanak2 memakai baju yg mudah dilihat iaitu baju yg cerah atau terang terutamanya pada waktu malam.
7.gunakan seatbelt yg betul dan sesuai dgn kanak2.

nota penting yg perlu diketahui.

1.kanak2 tiada pengetahuan dan kemahiran utk berada dijalanraya seorang diri.
2.perlu ada orang dewasa yg menemani.
3.kanak2 belajar mengenai keselamatan jalanraya dgn melihat dan meniru orang lain.jadi kita perlu menunjukkan contoh yg baik.

No comments: