Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk
anaknya.Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romli.
Lelaki kaya : Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok,ini alamat
saya (seraya memberi kadnya)
Pak Romli : Baik tuan ,saya akan suruh anak buah saya menghantarnya
esok kerumah tuan.
(Selepas itu, Pak Romli memanggil anak buahnya yang bernama Erwan
dan memberi arahan)
Pak Romli : Wan,tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini
(sambil memberi kad lelaki kaya tadi)
Erwan : Hantar ayam? Beres Boss
Esoknya dengan menunggang motor si Erwan pergi menghantar 100 ekor
ayam tersebut. 50 ekor diletak di sebelah kanan dan 50 ekor lagi di letak
di sebelah kirinya.
Akan tetapi malangnya.......
ditengah perjalanan dia terjatuh dari motornya.......ayam-ayam yang dibawanya
langsung terlepas dan lari bertempiaran......
Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Erwan.Tetapi si Erwan
tidak apa-apa malah dia ketawa berdekah-dekah,seseorang diantara mereka
datang bertanya ,mungkin dia kuatir kerana Erwan ketawa......
Orang Yang Bertanya : "Bang ,abang tak apa-apa ke.....?
Erwan : "ha......ha.......ha
Orang yang bertanya : "Bang,kenapa bang....?
Erwan : "Ha...Ha....Ha...Dasar ayam-ayam yang bodoh,mereka nak lari kemana?
alamatnya ada pada aku.....Hua.....ha....ha......
No comments:
Post a Comment