Saturday, July 18, 2009

Influenza A (H1N1)!!!

1. Apa itu Influenza A (H1N1)
- sejenis penyakit berjangkit yg disebabkan oleh virus baru.
terhasil dr mutasi gen virus influenza babi,burung n manusia.

2.Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
-gejala awal mirip selesema.
-demam,batuk,sakit kepala,sakit badan,sakit tekak,
selesema dan kdg kala muntah2 atau cirit birit.

3.Bagaimana H1N1 boleh tersebar?
-melalui batuk atau bersin pesakit.titisan cecair yg terhasil boleh
tersebar ke udara atau terkena tgn pesakit.

4.Bagaimana boleh dijangkiti?
-berjangkit apabila bernafas dgn udara yg tercemar oleh virus H1N1
atau tersentuh dgn cecair yg terhasil dari batuk atau bersin pesakit.

5.Nasihat kpd org yg dijangkiti?
-segera dptkan rawatan.
-tutup mulut dgn tisu atau sapu tangan semasa bersin atau batuk.
-kerap mencuci tangan.
-tinggal di rumah dan hadkan pergaulan dgn ahli keluarga.
-elakkan menyentuh mata,hidung atau mulut.
-elakkan dari pergi ke tempat awam yg sesak.
-jangan menggunakan pengangkutan awam.

6.Berapa lamakah orang yg dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
-selagi mempunyai gejala virus ini.
-biasanya dlm tempoh 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala tersebut.
-kanak2 mempunyai tempoh penyebaran yg lebih lama.

7.Bagaimana utk menghindari jangkitan penyakit ini?
-Jauhi orang yg nampak tidak sihat,menghidap demam atau batuk.
-kerap cuci tangan dgn air dan sabun.
-elakkan sentuh muka,khususnya hidung atau mulut utk cegah jangkitan.
-jika berada di tempat yg dilanda penyakit ini,elakkan dari berada di tempat awam yg sesak.
-ketahui situasi penyakit ini dan langkah pencegahan.
-amalkan cara hidup sihat.cukup tidur,makan makanan yg menyihatkan dan bersenam.

Bersamalah berdoa semoga diri dan keluarga serta masyarakat kita dijauhkan dari ujian dan musibah ini...semuanya adalah cubaan dariNya yg Maha Mengetahui!!!



No comments: