Sunday, July 19, 2009

Mak Aku dan ceritanya!!!

Sudah beberapa kali aku mendengar cerita dari Mak aku..tapi yg ni aku paling tak boleh nak lupa.camne cerita mak aku n ayah aku pergi melihat adik aku yg tgh belajar kat Sekolah Berasrama Penuh...masa tu aku rasa adik aku maybe form 4..setiap 2 minggu sekali,mak n ayah aku akan menjenguk dia kat asrama.jarak dari rumahku ke asramanya adalah kira2 dlm 30km.dari kg ke seberang takir.agak jauh.lgpn mak n ayah aku juz naik kapcai jer pergi sana.biasala,kat teganu hari jumaat kedai tutup.mak ngn ayah aku biasanya pergi ke asrama adik aku lepas solat jumaat.perjalanan akan melalui marang,batu burok,jambatan sungai duyung sampai la ke seberang takir.nak dijadikan cerita,masa ondaway nak pergi sana,kapcai yg ayah aku rempitkan pancit lak tayar dia.so terpaksa la mak n ayah aku menolak kapcai yg gagal melaksanakan tanggungjawabnya itu.nasib baik la aku xde kat rumah masa tu,kalau x mesti kapcai tu aku dh sembelih n bagi makan kat buaya sungai marang kerana telah menyusahkan ayah n melecetkan syurga kami adik beradik di tapak kaki mak aku. mak n ayahku terpaksa menolak motor n berjalan kaki kira2 dlm 10km rasanya..agak2nya apalah yg tengah mak n ayah aku fikir masa tu ek...mak aku ckp,yg dia fikirkan masa tu adalah kesian kat adik aku yg tgh menunggu.bukannya mak aku fikir pasal kaki yg penat or tapak kaki yg melecet.ayah aku pulak bukannya fikir pasal menyesalnya kena menolak motor...apa yg diorg fikirkan hanyalah anak yg menunggu di sekolah...perkara tu membuatkan aku teringatkan mak n ayah aku.adikku yg belajar di asrama itu pun sangat2 ingin membahagiakan mak n ayahku....Aku tahu,setiap dari kita mempunyai cerita Mak n Ayah sendiri.jadi,walau baik atau buruk cerita Mak n Ayah kita,bersyukur lah tanpa mereka, siapalah kita.tanpa mereka,mungkin kita akan dilahirkan di ladang gandum atau di kandang lembu...hanya pandai mengisi perut dan menunggu masa untuk dijadikan qurban ataupun aqiqah...
bersama2 lah kita Berdoa semoga Mak n Ayah kita semua sentiasa sihat,bahagia di dunia,terhindar dari seksaan kubur dan ditempatkan di Syurga yg paling indah apabila di hari pembalasan kelak...amin...

No comments: